Phone 3GS Tercanggih |
Written by Administrator | |
SELEPAS pelancaran iPhone 3G oleh Maxis Communications Berhad (Maxis) Mac lalu, kini pelanggan boleh mendapatkan iPhone 3GS yang lebih canggih. Naib Presiden dan Ketua Pemasaran Pelanggan Maxis, Tan Lay Han berkata, iPhone 3GS yang dilancarkan bakal memikat pelanggan kerana pelan harga yang menarik, pakej iValue dan tawaran peningkatan. Maxis menawarkan iPhone 3GS 16GB pada harga RM1, 290 dan iPhone 3g 8GB pada RM790 dengan iValue 2 Plan dengan komitmen bulanan RM155 dan kontrak selama 24 bulan. Dengan Skim Bayaran Mudah Maxis, iPhone 3G 8GB boleh dibeli pada harga serendah RM60 sebulan. "iPhone 3GS merupakan iPhone paling berkuasa dengan ciri-ciri terkini dan canggih termasuk kelajuan dan keupayaan sehingga dua kali ganda berbanding iPhone 3G. "Jangka hayat bateri lebih lama, kamera autofokus tiga megapiksel berkualiti tinggi, rakaman video mudah digunakan dan kawalan suara bebas tangan," katanya semasa majlis pelancaran iPhone 3GS di Kuala Lumpur baru-baru ini. iPhone 3GS dijana oleh iPhone OS 3.0 yang merupakan sistem operasi mudah alih terkini dengan lebih 100 ciri terbaru seperti Cut, Copy and Paste, MMS, Spotlight Search dan papan kekunci landskap. Pengguna iPhone 3GS akan memperoleh akses kepada lebih 50,000 aplikasi daripada revolusi Apple di kedai aplikasi terbesar dunia App Store. Lay Han berkata, Maxis berbangga menjadi salah satu operator yang pertama di Asia Tenggara menawarkan telefon revolusi. "Kami gembira dapat menunaikan janji menjadi yang pertama menawarkan pengalaman paling inovatif di kalangan pelanggan," katanya. Beliau menambah sejak dilancarkan pertama kali Mac lalu, iPhone 3G telah menawarkan lebih 50,000 aplikasi yang telah mengubah cara komunikasi masyarakat semasa bekerja dan bermain. Pengguna iPhone boleh terus berhubung dan berhibur dengan melayari antara muka yang menarik dan mudah serta meningkatkan penggunaan data mudah alih. "Pengguna mempunyai aplikasi kegemaran masing-masing sepertiBloomberg, Wall Street Journal, Forbes Intelligent Investing dan Currency."Manakala pengguna lain menggunakan aplikasi gaya hidup rangkaian sosial seperti Facebook, MySpace dan aplikasi hiburan seperti Now Playing bagi pawagam, buUuk bagi makanan dan restoran," katanya. Bagi memberikan lebih nilai iPhone 3G, harganya mampu dimiliki berbanding telefon pintar lain di pasaran. Maxis juga menjadikan iPhone 3GS lebih mudah dimiliki dengan skim pembayaran mudah Maxis. Pengguna boleh mendapatkan iPhone 3GS dengan bebas faedah selama 12 atau 24 bulan. Dengan skim bayaran mudah selama 24 bulan, pelanggan boleh memiliki iPhone 3G 8GN serendah RM60 sebulan, iPhone 3GS 16GB pada RM80 sebulan dan iPhone 3GS 32GB pada RM100 sebulan. Tawaran berkenaan terbuka kepada semua pemegang akaun Visa dan Mastercard bagi Maybank, HSBC, Citibank dan Public Bank. Bagi pengguna yang telah membeli iPhone sebelum ini, Maxis mempunyai berita baik. Pelanggan iValue dan iData yang berminat untuk beralih kepada iPhone 3GS berhak menikmati rebat sebanyak RM500. Mereka yang berminat mendapatkan iPhone 3GS boleh mengunjungi dan membuat pesanan pada wakil jualan 201 Maxis dan Hotlink, Apple Premium Resellers. Bagi memberikan pelanggan mengetahui lebih lanjut mengenai iPhone 3GS, terdapat pameran jalanan di Dataran Gardens, Midvalley bermula 30 Julai lalu hingga 9 Ogos ini. Pengunjung boleh mencuba telefon baru ini selain melibatkan diri dengan aktiviti menarik iPhone seperti permainan iPhone, video dan muzik selain mendapatkan hadiah menarik. Mereka yang berminat mengetahui lebih lanjut mengenai iPhone 3GS boleh melayari laman sesawang www.maxis.com.my/iphone3gs Dipetik dari Portal Utusan Malaysia Online |
0 comments:
Post a Comment